Wednesday, March 25, 2009

selamat hari polis ke 202

Tahniah saya ucapkan kepada pasukan polis negara kerana meraikan hari memperingati polis ke 202 tahun.Tahniah juga saya ucapkan kerana pegawai polis dapat mengunakan kereta idaman saya iaitu evolution x. Banga betul siapa yg dapat mengunakan kereta tu.Baru la pegawai polis kita tidak dipandang rendah oleh mata masyarakat.Barula senang nak kejar penjenayah.Dengan ini saya beri satu tanda hormat pada YB Pak Lah kerana menaikkan taraf polis negara.Kebanyakan polis yg saya temui berbudi bahasa jika kita memberikan kerjasama yang baik pada polis.Tiada sebab untuk saya takut pada mereka.Bila kita dah salah terima je lah hakikat,mereka mesti menjalankan tugas mereka.Polis tidakla jahat kita sangkakan,mereka menjalankan tugas.Kita sebagai rakyat yang dilindungi polis hanya perlu memberi kerjasama dan hilangkan lah ego kita untuk memudahkan segala urusan. SELAMAT HARI POLIS KE-202.

Friday, February 27, 2009

Jalan bukan milik seorang.

Pemandu kenderaan kebanyakkan tidak tahu perkara yang bahaya merka telah lakukan.Sebagai contoh pada waktu malam ada kenderaan bertentangan yang hendak memotong,mereka suka memberikan lampu tingi untuk memperingati kenderaan tersebut.Maka adalah satu situasi yang amat merbahaya pada kenderaan itu untuk memotong dengan selamat.Pemandu akan silau dengan cahaya kenderaan dari hadapan.Keadaan itu akan menyebabkan berlaku kemalangan pada pemandu yang lain jua.Apalah salahnya jika anda perlahankan kenderaan anda dan memberinya ruang untuk memotong dengan selamat.Walaupun dalam situasi itu anda tidak bersalah,jika terjadi apa-apa anda akan rugi terlalu banyak masa dan wang.Elok-elok anda dah sampai rumah bersama keluarga,tapi anda telah menghabiskan masa untuk ke balai polis buat laporan.Kenderaan anda rosak dan menyebabkan anda tiada kenderaan untuk suatu jangka masa.Lagi masalah yang boleh buat saya marah dan geram ialah memandu sambil bercinta.Harap kerajaan gubal satu undang-undang berkaitan masalah tu.Kenderaan tak sesuai untuk bercinta.Pergila ke taman bunga ke ape ke.Asyik nak menyusahkan orang.Kalau jadi kemalangan pasti keneraka.Dah la tengah buat dosa.Macam dah cukup je amalan.Perempuan plak kalau memandu ada yang laju ada yang perlahan sangat.Itu pun masalah jugak.Kalau bwk laju dan tahu hendak mengawal ok laa.Ini ada situasi bahaya cepat gelabah dan hilang kawalan.Jikalau hendak memendu kenal diri anda dan keadaan disekeliling.Penguna kereta tidak semua yer..adalah sombong dan cepat lupa diri bila memandu.Ini memang saya perhatikan betul.Cara pemikiran mereka,merka sentiasa fikir mereka itu betul.Ingat laa wahai sahabat saya yang dijalan raya,anda ada 1 nyawa.

insya allah selamat

Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha pengasih.

Assalamualaikum.w.w.. salam sejahtera. Kali pertama saya menulis blog.Kalau ada salah silap harap ditegur untuk meningkatan mutu penulisan.Niat saya untuk menulis adalah pengalaman saya dan org disekeliling saya.Saya akan cuba menceritakan beberapa kisah yang menarik untuk pembaca.Jadi untuk permulaan saya akan menceritakan tentang jalan raya.